Friday, November 13, 2009

kalamku kini berbicara kembali...

assalamualaikum kepada pembaca sekalian.....
rasanya terlalu cepat masa berlalu....ana juga semakin meninggalkan blog ini....
bukannya ana tidak mahu tulis ...
tetapi byk masalah yg menghentikan kalam ini...
hari ini ana ingin kembali berkongsi madah bicara...

hari ini tiba lagi,
membawa harapan sepenuh hati,
andai kau fikir yang sudah terjadi,
hancurlah hati binasalah konklusi...

secebis kalam yang ana coretkan....khas untukmu muslimah....

indahnya kata dan perbicaraan
indah lg wanita dihiasi perhiasan
indah perhiasan bukan yang dimata pndangan
tetapi indahnya yg bakal mnjadi snjgn

jadilah kamu sebaik perhiasan
yg drantai oleh kunci pradaban
sesungguhnya ialah yg mengukuhkan halwatul iman
agar sentiasa brtambah tidak brkurangan

apakah yg ada di mata pndangan?
hubbuddunia atau halwatul iman?
sungguh! hanya satu yg bakal mnjadi pilihan
pilihlah satu,kesesatan atau kebenaran

panduan buatmu memilih...

kesesatan itu nyata memesongkan
kebenaran itu nyata memberi pengajaran
biar sepahit hempedu jgnlah semanis madu
kerana di dalam kepahitan itu terpalit kemanisan
yg bakal terasa di hujung cicipan

walaupun madu itu manis rasanya
dicicip kita tiada trkira
sedarkah kita didalam leka?
kerana mencintai dunia di dalam lena

sedangkan dunia masih brputar
realiti juga masih mengejar...
sudahkah cukup semua bekalanmu?
hanya Allah Yang Maha Tahu...

sedarlah wahai teman
walau hidup penuh dugaan
di hujungnya ada kemanisan
yang diselimuti oleh kepuasan

kerana ilahi sudah mengatakan
mereka yang berjaya menempuhi ujianNYA
akan dikurniakan kebahagiaan abadi...

wassalam

Wednesday, September 16, 2009

Lebaran..

bismillah..

ramadhan kini melabuhkan tirainya...
memberi peluang lebaran menjenguk kita...
sungguh tak terasa sebulan berpuasa...
semuanya ibarat hari biasa...

namun....
ramadhan kini mencurah tangisannya...
memikirkan umat manusia...
saban hari semakin lupa...
mungkin ini ramadhan terakhirnya...

ramadhan ini berasa kasihan....
melihat manusia yang ketandusan...

ingin sekali dia menemani manusia lebih lama...
supaya manusia bisa mendapat pahala berganda...

pun begitu....

lebaran juga harus dihargai....
kedatangannya tanda kemenangan...
membawa risalah perjuangan....
bahawa hidup ini mesti diteruskan...

sempena kehadiran syawal ini....
ana ingin menghulur salam kemaafan...
agar dosa tidak berpanjangan....
semoga hati kita bertaut pada Yang Satu...
Membangun islam di bawah naungan Mu!!

ana berharap kita semua menyambut kedatangan syawal dgn hati terbuka...
dan saling bermaaf- maafan sesama kita....
leburlah dosa akhirnya..
akhir kalam sampaikan salam buat mereka yg mengenali ana....

Saturday, September 5, 2009

ramadhan...

bismillah....ini adalah kisah yg ana ambil dari web (http://www.usrahonline.blogspot.com)..Meskipun ana tidak dapat menyediakan tazkirah sendiri, ana ingin kongsikan maklumat menarik yg ana dapat dari web...


TAKEN FROM SOMEONE AND SOMEWHERE ELSE...

Wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
Sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekelian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun saudara...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Andai benar ini Ramadhan terakhir buatku
Maafkanlah segala dosa-dosaku
Daku hanyalah seorang insan biasa
Mencari kasih Illahi yang abadi
Duhai Ilahi....kasihanilah daku, kekallah diri ini dalam iman yang abadi
Dan hanya kepada-Mu, daku berharap...

kiblat kita...

bismillah....ini adalah kisah yg ana ambil dari web (http://www.fitrahpower.com/category/kisah-al-quran)..Meskipun ana tidak dapat menyediakan tazkirah sendiri, ana ingin kongsikan maklumat menarik yg ana dapat dari web...


Pertukaran Kiblat Perintah Allah

Tahwil dalam bahasa arab bermaksud pertukaran. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di Makkah, baginda bersembahyang menghala ke al-Sakhrah yang terletak di Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis sebagaimana yang dipraktikkan oleh para Nabi Bani Israel.

kaabah.gif

Meskipun begitu sewaktu menghadap ke Baitul Maqdis ini baginda s.a.w pun menghadapkan wajahnya kepada Allah SWT memohon supaya Kaabah dijadikan sebagai qiblat. Memandangkan ia merupakan kiblat Nabi Ibrahim a.s.lalu Allah SWT menyuruh baginda berbuat demikian menerusi firmannya: “Kami benar-benar melihat wajahmu mengadah ke langit.” Lalu orang Yahudi, kaum musyrik dan munafik berkata, “Apa yang mendorong mereka memindahkan kiblat tersebut dari Baitul Maqdis ke Kaabah?

Ujian Ketaatan Kepada Yahudi

Pertukaran kiblat yang dikehendaki oleh Allah SWT ini adalah sebagai satu ujian besar kepada kaum Yahudi yang telah lama menjadikan Baitul Maqdis sebagai kiblat kepada mereka zaman-berzaman.Begitu juga perasaan hairan juga dirasai oleh kaum munafik dan musyrik. Mereka merasakan tidak senang dengan apa yang berlaku.

Maka peristiwa ini telah menimbulkan cacian dan kata-kata penghinaan kepada Rasulullah. Maka Allah SWT yang amat menyayangi kekasihNya memerintahkan kepada baginda supaya menjawap kata-kata mereka, bahawa segala arah adalah milik Allah SWT,
justeru sakhrah bukanlah lebih baik dari batu yang lain dan ia tidak mempunyai apa-apa manfaat seperti batu-batu yang lain. Begitu juga Kaabah dan Baitul Haram, allah SWT menjadikannya sebagai qiblat bagi manusia sebagai penyatuan mereka dalam beribadah.

Tapi bagi golongan yang singkat akalnya, tetap menyangka kiblat itu merupakan dasar agama dengan dengan melihat hanya pada binaan itu sendiri. Sebab itu mereka sanggup menghina Rasulullah s.a.w, “Kembalilah kepada kiblat kami, nanti kami akan mengikut dan beriman kepadamu.”

Penghinaan Bertukar Pengharapan

Nabi s.a.w selalu mengharapkan perpindahan kiblat ini. Perkara ini sering difikirkan Rasulullah kerana Kaabah adalah kiblat bapanya, iaitu Nabi Ibrahim a.s sedangkan baginda pula adalah sebagai utusan Allah untuk menghidupkan agamaNya dan memperbaharui dakwahnya. Selain itu pengharapan bagin juga didorong oleh kata-kata Yahudi yang pernah berkata, “Muhammad menyalahi
agama kita, tetapi kiblatnya mengikut kiblat kita. Kalau tidak kerana agama kita sudah tentu baginda s.a.w tidak tahu ke mana baginda s.a.w hendak berkiblat.”

Oleh kerana kata-kata ini, maka Rasulullah berdoa kepada Allah SWT melalui Jibril a.s “Aku ingin sekali kalau Allah SWT memalingkan aku dari kiblat Yahudi ini kepada arah kiblat yang lain. Maka Allah memperkenankan permintaan Rasulullah s.a.w sebagaimana kiblat yang kita hadapkan hati kita untuk beribadah pada hari ini sehinggalah ke hari kiamat nanti.

Kisah tauladan...

bismillah....ini adalah kisah yg ana ambil dari web (http://www.fitrahpower.com/category/kisah-al-quran)..Meskipun ana tidak dapat menyediakan tazkirah sendiri, ana ingin kongsikan maklumat menarik yg ana dapat dari web...

Jangan Berfikir Untuk Bersedekah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saW., sabdanya: ”
Ada seorang lelaki berkata, “Aku hendak bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, “Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”[HR Muslim]

Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang menerima sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian mata manusia sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita membaca mafhum hadis ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka jangan kita berfikir panjang kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita keluarkan untuk bersedekah.

Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa jua perkataan yang keluar walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang lebih penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka yang menerima. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya mereka memberi tetapi dalam keadaan si penerima tidak redha dan merasa benci dengan pemberian dan sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka adakah ianya mendapat rahmat di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.

bismilah..

bismillah...dgn namamu Ya Allah aku memulakan pekerjaanku.... rasanya...sudah lama juga ana tidak mencoretkan kalam di sini.... Malangnya...tiada madah untuk ana berbicara..Namun... pada hari ini..Alhamdulillah...di atas kehendak Nya, ana boleh meneruskan kalam ana... Apa yang ana ingin ucapkan di sini hanyalah bingkisan hati daripada ana sendiri....

Bismillah...
Mulakanlah urusan mu dgn kalam ini....
Akhirilah urusanmu dgn lafaz Alhamdulillah....

Berjuanglah di medan pertempuran...
Moga Islam mendapat kemenangan...
Bangkitlah pemuda pemudi Islam...
Meskipun antum merasakan kejayaanmu tidak menyumbangkan kpd deen kita...

Ketahuilah....
secebis kejayaanmu bisa membangkit kemaraan...
menyuntik virus terhadap nafsu keduniaan...
membuat umat islam mara ke hadapan...
membenamkan segala kedustaan...

Kita Khalifah..
Kita Mujahidah...

Semoga engkau brjaya pejuang islamku...
Menegakkan suruhan Allah Yang Satu...

Di kesempatan ini...ana ingin mengucapkan maan najah buat ukhti f5 dan f3 yg ana kenal...tidak kira di samsmel , maahad ataupun sraibbb...jga kpd insan yg mengenal ana...semoga kita smua tabah mghadapi cabaran hidup ini....

Friday, August 21, 2009

ahlan wasahlan ya ramadhan


bismillahirrahmanirrahim....

indahnya ramadhan thn ini...ramai yg mengaitkannya dgn kemerdekaan negara... tapi ana terfikir pada bulan ramadhan setiap thn, kita mmg merdeka...merdeka yg sgt hebat kerana kita berjaya merdeka dari iblis... berikut ana sertakan gmbar yg ana rasakan sgt menarik.. sebelum terlupa, nama sepupu ana ialah Ain Farisha Balqis...Ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dgn penuh kesabaran...wassalam

Thursday, August 20, 2009

lahirnya seorang puteri islam ke dunia...


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh...

lahirmu ke dunia membawa sinar bahagia...
menghapus duka yang ada...
membuka lembaran baru buat dunia...

Alhamdulillah....setelah bertarung dgn sakit kedua selepas mati, ibu saudara ana berjaya melahirkan anak pertamanya ke dunia...anak yg mungkin diberi nama Ain Farisya Balqis itu dilahirkan dgn berat 3.1 kg....hmmm sihatnya adik sepupu ni....tidak sabar rasanya ingin menjalani ibadat puasa dan menyambut lebaran dgn ahli keluarga baru...semoga puteri ini boleh menjadi puteri islam yang berjaya menjunjung kalimah Allah di dunia....

p/s: blh lah ain kawan dgn adik Tqah! ^ _ ^

Tuesday, August 18, 2009

khilafku...

khilafnya diriku....
membuat yg rapat brjauhan...
mndiri benteng kegelapan...

siapa diriku???
layakkah aku dgelar manusia...?
sdgkan diriku sudah brjnji taat setia dgn RABBku...
akan ku gnggam satu amanat dan turun ke bumi...
sebagai khalifahnya...
menjaga bumi ...mncintainya dan beribadah kepada NYA agar ku tidak lupa akan penciptaku...

tapi aku tidak mnjaga ukhwah yg ada...
aku tidak merebut peluang yg ada...
sudah ramai yg dkecewakan oleh ku...
inikah janjiku dulu???

dimana kemanisan ibadah yg harus ku cicip???
dimana keutuhan ukhwah yg harus ku prtahankan???
dimana kejayaan yg ku nnti utk mnjunjung KALAMULLAH di mata dunia....???
siapakah aku???
kebuntuan ini mghantui...
mmbuat diri ini seribu kali berasa salah....
Tunjukkan jalanmu Ya Rabb!!!

Saturday, August 8, 2009

Perspekif remaja...

bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

remaja...
indah raut wajahnya...
pasti indah pekertinya...
namun...
luaran bukan segalanya...
kerana dalaman penentunya...

pada tengah hari ini bukan lah ana ingin bermadah bicara...tapi pastinya santapan rohani dan intelek kita segar dimulakan dengan nama Allah dan salam penghulur bicara...madah itu juga sebagai pembuka minda kita semua...

remaja adalah satu slot atau babak kehidupan yg sgt pntg bg manusia...di saat itulah emosi kita di tahap gersang kerana perubahan hormon yg ketara...tidak semua org....namun kebanyakannya tidak dpt mengendalikan emosi tersebut..tidak terkecuali juga diri ana... biasanya kalau prkara yg brkaitan dgn remaja ini, pastinya ttg cinta monyet...

namun, bukan topik itu yg ana ingin bicarakan di sini...sebaliknya mengenai perspektif dan tanggapan remaja...ana menimbulkan topik ini kerana ana pernah melaluinya dan skrg ana melihatnya sendiri pada insan yg menginjak remaja pada usia ana dulu...

pada masa itu ana selalu membuat tggapan sendiri trhadap org lain...x sgka pulak klau tggapan itu salah... masa remaja lah kita rasa kita dewasa...masa inilah kita dikejutkan dgn budaya 'ala-ala dewasa'...sehinggakan kita merasakan yg dewasa (ibu bapa dll) bukan dewasa ...

hmm...apa yg pntg di sini..bila adik2x kita menginjak remaja...banyak yg kita kna dalami... melalui fikirannya dan segalanya...kerana jika kita berjaya...kita akan dianggap sbagai insan yg memahami adik kita ataupun 'sporting'...mereka akan mnceritakan masalah mereka sedikit demi sedikit...namun kita kna sabar ...sbb perspektif kita dan dia lain...kita sudah menginjak matang sedikit dari peringkat remaja...kita blh nasihat dia baik2x dan yg pntg jgn meluru..slow down...

perkara ini juga harus dilakukan oleh ibu bapa...kerana bg ana, ibu bapa (selain dari kakak dan abang) memainkan peranan pntg dlm hidup ana... klau diorg memahami , mknanya diorg sporting..jadi ana blh share masalah ana (sbb ana tahu diorg faham)... klau diorg marah ana dan tekan ana kpd bnda lain (belajar dll)...mereka x sedar bahawa ana dan remaja lain perlukan tempat mengadu... jadi biasanya remaja akan membuat perspektif sendiri dan mengambil keputusan tidak matang...

sekian sajalah bingkisan yg berbaur sains psikologi ni...walaupun nmpak sedikit 'kolot' kerana mmperkatakan mengenai perasaan remaja...namun bg ana ini pntg bg mmbentuk sahsiah remaja yg mulia...kerana, jika kita tahu masalah mereka,kita dpt mmbantu menyelesaikannya... mereka belum matang utk mmbuat keputusan...bntulah remaja di sekitar antum...trmasuklah kami semua... ^ _ ^ ... wassalam...

Saturday, August 1, 2009

Lancarkan Perjuanganku Ya Allah!!!

BISMILLAH...

sebenarnya d smpg ana menulis ni..ada tiga blog yg ana nk publish , tpi trgendala lg setakat ni... doakanlah ana dpt publish blog2x yg brmanfaat utk mnjadi tatapan semua..

Bible, Al-Qur'an dan kita...

bismillah...

seperti yang kita semua ketahui..mubaligh kristian sentiasa menyebarkan agamanya di merata tempat... berwaspadalah..antara artikel yang plg mengejutkan ana di saat ini ialah... artikel mengenai penggunaan nama Allah di dalam buku2x kristian untuk menyesatkan kita... ana tertanya -tanya...buat apalah nk menegakkan agama kristian tu oi...asyik penuh penipuan je.. contoh risalah kristian yang menyesatkan....maaflah..ana x dpt beri gmbaran yg jelas psl gmbar ni... ana trbaca salah satu tajuk dalam majalah Al-Islam yg mmbangkitkan hal ini... utk pengetahuan semua , buku ini dtulis dgn basmalah dan nama Allah tetapi memngandungi unsur-unsur bertentangan dgn islam...nah , sudah jelas dgn buktinya sekali...!!!
kristian menggunakan nama Allah,Tuhan Yang Sebenar utk menyesatkan org...bukan kah mereka selalu meminta kepada jesus tuhan mereka? kenapa nk guna nama tuhan umat islam...? nmpak sgtlah nk menyesatkan org lain...ISLAM x prnah menarik manusia dgn cara yg kotor atau menyesatkan org lain...tetapi islam mmpunyai pesona yg membawa cahaya yg boleh mmbuka hati manusia dgn izin Allah..InsyaAllah...
klau antum ingin melihat risalah ini dgn jelas lg dan basmalah yg ana nyatakan... blhla taip 'rahsia jalan yang lurus' di google dan select picture...kemudian ambillah saiz plg besar..smoga kita djauhkan dari kesesatan ...seperti yg kita mohon pada Allah dlm bacaan solat kita dlm surah Al-fatihah ayat ke 6-7...YG BRMAKSUD..
6: Tunjukilah kami jalan yg lurus,
7: (YAITU) jalan org2x yg tlh engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yg dmurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"
MASYA ALLAH... INDAH NYA HIDUP DALAM ISLAM..DI SEBALIK BACAAN AL-FATIHAH YANG KITA BACA DLM SOLAT, RUPA-RUPANYA KITA TELAH BERDOA MOGA DIJAUHKAN DARI PERMASALAHAN HIDUP KITA SEPERTI SKRG INI...MOGA KITA SENTIASA BERADA DIJALAN YG LURUS DI ATAS KEHENDAK ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA.. AMIN...

Friday, July 24, 2009

tautan ukhwahku...

bismillah...
in the name of Allah...
i start my entry with salam...
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

first of all...
life is complicated when we thought that everything is uncomplete and unperfect...bcoz...we doesn't have the power to manage it...all we need to do is just tawakkal and pray to Allah THE GREATEST...

we have been given opportunity and chances to lead our way...so, if you fail to plan, you have plan to fail...
planning our way aren't easier..but of course.., we can do it...

first, maybe we start with letters,and next we may move with thousand of words that can lighten up other people so we can stand together to built strong Islam with hope to achieve His bless...remember my friend...we have stand to built this...we must finish and fulfil our mission...if one of us gone, the others lead the way to continue the journey..

remember our mission,
filled it with iman and taqwa,
fertilised it with ukhwah,
and it will grow as a beautiful friendship of islam...

Islam is our religion,
we know it is the most perfect religion of all,
we have the prove,
we have the ways to stand up...
keep in going to find the beauty in islam...

that's all from me...
hope we always stand together with iman and taqwa..
wassalam..

Saturday, July 18, 2009

plg awal atau plg lmbat..pilihlah..

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
pd ptg yang penuh rahmat ini...ana ingin brkongsi tauladan kpd antum smua...sebagai insan yg hidup di muka bumi ini .., ana ttp tdak trlepas dri kekhilafan diri...moga madah pmbuka ini bisa mnjadi pnyeri entri kali ini...


duhai kaum nisa'..
kau adalah penyeri buat usrati...
dirimu yg tabah menyusun kata hati...
mnjadi penasihat buat si pemimpin islami...

wahai kaum syabab...
kau pemuda harapan...
menyusun lgkah ke hadapan...
mmbela agama penuh wawasan...

Alhamdulillah...
ana ingin memulakan entri ini dgn sedikit kupasan tauladan..bertajuk...
"YANG PLG AWAL ATAU YANG PLG LAMBAT..."


suatu hari...ana sdg mnonton televisyen...tatkala itu trdgr lah azan brkumandang...ana pun trdetik nk solat ke x nk?...nafsu ana brkata...ala..sikit lg la...ana menurut... skali lg ana tewas...kemudian..pd pkl 5 lebih..ada tetamu dtg..ana sibuklah melayan...sdr x sdr...dh hmpir 6.40 atau lbih, ana x psti..baru ana tringat..ana pun meminta izin umi untuk solat...fuh...sedar x sedar peluang ana untuk mngejar pahala yg byk di dalam ibadah solat telah disia-siakan...malah ana telah mndapat ganjaran pahala yg sgt sedikit...kerana solat ana di hujung waktu... iu pun blum tntu dterimaNYA.. lihatlah...sekelip mata sahaja...dri blh jadi hero trus pada zero...

ana harap antum dpt pengajaran dari kisah ana tdi....

wassalam..

Friday, July 10, 2009

duhai sahabat teman sejatiku...

bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

madah ana menuntut bicara...
walau hati gundah gulana...
dengan harapan menuntut suasana...
agar kekal terus ceria...

sahabatku...madah ini terlalu sesuai untukmu...hati kecil ana tertanya-tanya... apakah yg trjadi sebenarnya? sebelum ana melangkah lebih jauh...ana ingin mengungkap sebuah ungkapan yang amat brmakna ... "pilihlah sahabat yang apabila kamu terpandang wajahnya, kamu teringat Allah..bila bersama dengannya,kamu teringat Allah..." sahabatku...dari ungkapan tersebut... kita fahami..islam menuntut kia menjalinkan ukhwah dgn org yg sntiasa mghias dirinya dgn iman...


sahabatku...Allah menjadikan kita sebagai seorang khalifah dan da'e di muka bumi ini...sebagai umat yg plg mulia di sisiNYA,kita haruslah bersabar, tenang dan hadapi semuanya dengan tabah...ana sangat mengalu-alu kan jika ada di kalangan antum yg ingin meluahkan masalah... boleh lah komen kpd ana,emel atau cara2x yg lain lg,... insyaAllah...ana akan bantu....pada sahabat ana,.. ana ingin meyakinkan sekali lagi...anti boleh cari org lain yang sentiasa tawadhu' dan mndekatkan diri pada Yang Maha Esa...seperti kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti.." jika anti hilang seorg sahabat, kerana tgkah lakunya yg brubah, tdak mengapa...tggalkan dia dan carilah sahabat yg bukan cantik fizikal semata, tetapi akhlak ukhwahnya sentiasa brpegang dgn niat fi sabilillah...utk brjuang di jln Allah...tapi x brmakna anti harus tggalkan sahabat itu..cari yg islamic untuk mengukuhkan pegangan diri dan mmbantu kita...seterusnya blhlah anti brdakwah dgn yakin...bntulah rkn yg dtggalkan agar mnjadi muslimah dan mujahidah serta mukminah solehah...

kerana..utk menegakkan agama suci ini... kita tidak boleh tidak, harus bersatu padu...ikrar bersama... ana cdgkan anti hidupkan halaqoh di samsmel...mgkin anti blh mmnta sedikit nasihat daripada kak munirah f5 ..utk melaksanakannya...lagi pula dia mncintai halaqoh....halaqoh adalah satu amalan yg kita patut pndg sebagai sesuatu yg pntg....sesibuk manapun kita carilah masa minima sekali smggu utk brhalaqoh...kerana halaqoh ini pnting...kita dpt mmbncgkan masalah diri dan musyawwarah brsama rakan utk mndapatkan keputusan...


selain itu kita juga blh istikharah utk memilih keputusan yg trbaik... apabila kita d dlm halaqoh..,kita akan menguatkan satu sama lain dgn nasihat yg brnas, dan brlandaskan islam...anti blh mmbntu dri anti,dn ummah islam...ana cdgkan anti ajak rakan yg mahu dan kak amirah f3...insyaALLAH.. minta petunjuk dari Allah...merayulah padaNya....ajakla kak mira..rasa nya dia brpengetahuan luas mengenai agama...ajklah lg siapa yg anti blh prcaya dan kuat imannya... ingat..walaupun ahlinya sikit...insya-Allah halaqoh boleh menjadi pemangkin ummah...wassalam..

Friday, July 3, 2009

ku bersujud di pagi hari mghadap ilahi...

bismillahirrahmanirrahim....

pada pagi yg penuh barakah ini..ana berasa sgt trpggil utk brkongsi pndapat buat rakan dan taulan....semalam pada hari Jumaat...seperti biasa buat pelajar banat maahad harus mengikuti usrah yg brmula selepas tamat sesi pelajaran sehingga pukul 2 lebih...sementara syabab pula solat jumaat di masjid An-nur,SMKA maahad hamidiah...antara isi usrah semalam ialah:

1)Mengenai sifat2x mazmumah yang mnjadi penyakit kepada manusia..

Antaranya..:

1)Su'u zzan...

huraian:
ta'arif su'uzzan ialah sangka buruk...penyakit ini banyak berkait rapat dgn hati...ana pernah trbaca satu hadith...Rasulullah S.A.W prnah brkata... dalam badan manusia ini ada segumpal darah...jika jahat ia,maka jahatlah keseluruhannya...mksudnya..klau hati kita trdetik prkara yg x baik..maka dalam badan kita tiada langsung sel kebaikan...su'uzzan ini pada ana adalah satu penyakit yg sgt kronik bagi ukhwah..sekejap saja ia blh menyerang saraf2x ukhwah dan meranapkannya...

akibatnya...
prhubungan kita dgn manusia sekeliling blh trjejas dan jga blh menimbulkan fitnah...cthnya:ada seorg si pulan suka mncuri...pada suatu hari kita hilang dompet..trdetik dihati kita..eh bknkah si pulan tu ska mncuri..?ntah ntah dia yg ambil dompet aku..(ini adalah su'uzzan)...kita pun mmberitahu rakan dan ckgu..ckgu,..dompet saya hilang..si pulan bin si pulan yg curi...kebetulan si pulan tidak mncuri...itu sudah mnjadi fitnah...fitnah itu yg lebih dahsyat dari mmbunuh...renungkanlah...

cara menangani...
sentiasalah husunuzzan dgn memikirkan kelebihan dan kebaikan serta potensi yg ada dlm diri rakan kita tu..bila kita brfikiran positif,insya-Allah...seperti hadith di atas...kita akan positif seluruh badan... dan kita juga blh mngambil inisiatif dgn menasihatinya dgn lembut...dan yg plg pnting klau dh tr 'su'uzzan'
ucaplah Astaghfirullahilazim...dan istighfar byk2x...

Sekian sahaja entri kali ini..ikut hati ana,byk lg nk dkongsi..tapi nnti org x baca.. sekian dahulu... assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

sahabatku...

Ya Allah....
Adakah ana kehilangan sahabat...?
Adakah rindu di hati mereka semakin pudar...?

Ya ukhti fillah...
Di mana antunna?
Di saat ana prlukan sahabat...
Di saat ana merindui kalian...

Wahai sahabatku...
di waktu angin bertiup...
di kala hatiku bertaut...
rasa rindu dan sepi yang bertamu di hati..
mengukirkan rasa cinta Ilahi...
membibitkan senyuman di hati...
untuk tabah menyusur liku hidup ini...

ku gagahkan semangat...
ku tanamkan firasat...
yang kau masih tegak berdiri di belakangku...
sama2x kita brjuang buat Dia Yang Satu...

Namun apalah daya diriku...
masih punya hawa nafsu...
masih punya fikiran tak menentu...
tentang dirimu sahabatku...

sungguh benar...
perpisahan menyakitkan...
tetapi jika antunna menghantar salam rindu...
pasti trubat hatiku...

pada tanggal 25 haribulan enam...
satu hari yg brsejarah buatku...
tiada seorg pun yg wish utkku...
siap trlupa pulak tu...

bila tahu ada sahabat yg ada blog...
ana terus prgi tengok...
tapi kesal rupa-rupanya dh lama ada blog...
tapi blog ana x djenguk...

hati ini dh brkecamuk...
masihkah cinta kita bertaut...
atau hanya trbuku brsama sepotret kenangan?
yg pastinya mmbuahkan prtanyaan...

Ya Allah Ya Rabbi...
ikatilah kami dgn ukhwahfillah-Mu yang sejati...
walaupun hari esok bakal meniti...
mengikis kenangan di hati....

Thursday, July 2, 2009

hari-hari di maahad

bismillahirrahmanirrahim....
mggu 3,maahad hamidiah...

ALHAMDULILLAH...hari-hari yang brlalu sudah sebati dalam diri ana...dgn erti kata lain lg...dh biasa....walaupun situasi di sini tidak sama...,mcm biasalah...ana kena biasakan diri..dan akhirnya terbiasa...hehehe...mggu prtama tu..blh dkatakan hmpir setiap hari lah menangis...rndu sahabat la katakan...tapi kwn-kwn kat sana baik2x sbnrnya...cuma ana kan 'org baru' mula2x rasa asing lah sikit....tapi ada satu bnda yg...nk marah..x leh...nk kata lucu...mmg nk trgelak...prnah la ana lalu kat tgga,pastu form2 bg salam...assalamualaikum,kak..rasanya form3 pun ada bg...hei..nmpknya btulla kata umi...muka mmg nmpk tua...hehehe..main je...sebenarnya name tag yg ana pakai seiras dgn nametag form4...sbb tula diorg bg salam(tpi muka mmg matang pun)...apa2x pun...thx pada Farah,Wana,Mimi,Nisa,Syasya and much more...you have brighten up my day at maahad... dan buat ukhti fillah samsmelku...teruskan prjuangan...rasanya antunna dah makin matang...walaupun ana ska antunna dan ana mcm bdk2x..hehehe...x mengapalah...ingat kita khalifah-NYA..tetap harus brusaha...doakan ana...ana harap iman ana sentiasa kuat..doakan ana....ana rindu anti sume...tringat lg setiap kali aidimut,isytareh...hehehe...mmm...ana rasa mcm hati kita semua makin jauh skrg ni...mmm.. x pelah...dunia ini seluas lautan utk ku redahi,setinggi gunung tuk ku daki ...byk yg haru dpelajari...
sekian saja...wassalam..

Thursday, June 18, 2009

Bayu yang ku rindu...

Setelah menjejakkan kaki di maahad hamidiah..,bertambah sukar cabaran yang ana tempuhi...terasa ingin menarik diri..namun, apakan daya...usaha ana cuma sia-sia...Di waktu ptg,ana merindui bayu samsmel yg sntiasa mnyapa... pabila pagi ana merindui teman yg dtg menerpa... oh sahabat, betapa dirimu terlalu berharga...betapa ana egois mmbawa haluan diri....tapi ini sudah ketentuan ilahi..ana merasakan bahawa cabaran ana tlh up satu stage...sedih sntiasa menerkam...ana tahu...berdosa jika ana mmbuang masa mmikirkannya..tidak mengapalah...buat ukhti fillah ana di samsmel, ana sntiasa mndoakan kejayaan anti...doakan ana dpt menambat sgala ilmu d maahad dan pulang ke samsmel utk mmprjuang kan samsmel pada form4 nnti...insya-Allah
kalau ada rezki...tapi jgn lupa ana buat tiga thn ni...biarlah ana menilai maahad lebih lama lg..doakan ana brjaya di sana!

jazakallahu khairan sahabatku....
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Wednesday, June 10, 2009

ulasan entri di bawah

Alhamdulillah..akhirnya...dapat juga ana menyiapkan entri di bwh ini..entri ini ana ambil drpd www.muip.gov.my link ini adalah link majlis ulama islam pahang.. setelah ana membukanya ,ana tertarik pada satu bhgn iaitu renungan/tazkirah ..ana memilih utk mmbuka tazkirah brtajuk siapakah kita.. dan ana akhirnya trgerak utk memaparkannya di blog..jika antum ingin membaca tazkirah lain ,silalah berkunjung ke laman tersebut! entri di bawah ini sesuai dipaparkan di papan kenyataan sekolah, pejabat dll...ia dapat memberi pengajaran sekaligus info bermaklumat..ana harap entri di bwh dberi prhatian semua...

assalamualaikum....