Friday, November 13, 2009

kalamku kini berbicara kembali...

assalamualaikum kepada pembaca sekalian.....
rasanya terlalu cepat masa berlalu....ana juga semakin meninggalkan blog ini....
bukannya ana tidak mahu tulis ...
tetapi byk masalah yg menghentikan kalam ini...
hari ini ana ingin kembali berkongsi madah bicara...

hari ini tiba lagi,
membawa harapan sepenuh hati,
andai kau fikir yang sudah terjadi,
hancurlah hati binasalah konklusi...

secebis kalam yang ana coretkan....khas untukmu muslimah....

indahnya kata dan perbicaraan
indah lg wanita dihiasi perhiasan
indah perhiasan bukan yang dimata pndangan
tetapi indahnya yg bakal mnjadi snjgn

jadilah kamu sebaik perhiasan
yg drantai oleh kunci pradaban
sesungguhnya ialah yg mengukuhkan halwatul iman
agar sentiasa brtambah tidak brkurangan

apakah yg ada di mata pndangan?
hubbuddunia atau halwatul iman?
sungguh! hanya satu yg bakal mnjadi pilihan
pilihlah satu,kesesatan atau kebenaran

panduan buatmu memilih...

kesesatan itu nyata memesongkan
kebenaran itu nyata memberi pengajaran
biar sepahit hempedu jgnlah semanis madu
kerana di dalam kepahitan itu terpalit kemanisan
yg bakal terasa di hujung cicipan

walaupun madu itu manis rasanya
dicicip kita tiada trkira
sedarkah kita didalam leka?
kerana mencintai dunia di dalam lena

sedangkan dunia masih brputar
realiti juga masih mengejar...
sudahkah cukup semua bekalanmu?
hanya Allah Yang Maha Tahu...

sedarlah wahai teman
walau hidup penuh dugaan
di hujungnya ada kemanisan
yang diselimuti oleh kepuasan

kerana ilahi sudah mengatakan
mereka yang berjaya menempuhi ujianNYA
akan dikurniakan kebahagiaan abadi...

wassalam