Friday, March 20, 2015

Experience (i)

Nak berubah tu memang susah kan?
Ya ampun berliku gila simpang dia.
Lagilah bila benda yg kita selalu buat tu dh jadi kebiasaan atau 'norm' masyarakat hari ni.
Rasa macam biasa.
And, memang x nampak islam tu kat environment jadi susah betul nak bayang macam mana n apelah yang dimaksudkan dgn biah solehah (islamic environment)

Tapikan.
Hari tu, bila ustaz tu tegur dengan tegas,bab hukum2 ni..
Memang. Memang sama sebijik dengan apa yg blaja kat maahad dulu tapi x buat bila dh masuk u.
N bila ustaz tu tegur,
Tersentap dia ya Allah.
Macam sebijik kena tampar kat muka. Bak hang sungguh.

Pastu rasa macam, this is it.
Keyakinan tu datang dengan sangat kuat.
Sebelum ni ada jugaklah rasa macam nk improve kan.. nak islah..
Tapi x sampai benda tu..
And hri tu bila luahkan kat kwn maahad,
Dia kata..
Semoga kau diberi taufiq.
And i'm like, ape beza taufiq ngan hidayah ni?
Pastu kawan tu cakap, hidayah tu petunjuk; dari segi ilmu, kau dapat ilmu tu, tahu mana betul n mana salahnya..
Taufiq pulak; kekuatan untuk kau lakukan benda tu.. contohnya, improve cara jaga aurat kau.. camtulah..
And i'm like amin..

And alhamdulillah..
Hari tu, malam tu.
Aq rasa cukup dengan smua dunia2 things.
Rasa macam sudahlah lalai2 ni.
X kemana and aq rasa hidup aq x tenang.
Lagi satu,
Aq nak jadi baik.
Kalau x dapat lengkap pun, aq nak cuba.

So first step aq, aq try delete dlu gmba2 kat insta..
Lama dah nak buat tapi bila tengok gmba2 masterpiece tu.. sayanglah pulak..
Tapi teringat bila ustaz tu cakap psl jaga pandangan..
Bila letak gamba kat insta dll mcm mana opposite gender nak jaga pandangan kan?
Sebab kita dah letak situ untuk ditatap.
So aq pun take down n tak fikir dah.
Delete delete delete.

Ok dari situ aq dh tolong opposite gender kt insta aq utk jaga pandangan dorg.
Tapi aq pulak? Kena jaga pandangan gak en.
Okay. Lepas tu aq unfollow pula account2 opposite gender dkt insta.
Hatta fernando torres sekalipun. (Dialah yg aq 1st unfollow sobs sobs)
Sebab torres x torres, pandangan kena jaga.
Pastu aq pn blockla account2 opposite2 gender ni..
N follower n following mmg trun ranaplah.
Bukan nak cerita pasal banyak ke sikit.
Tapi, rasa cam wuish banyak jugak dlu aq follow opposite gender ni.
N byk jugakla aq allow dorg tgok gamba2 before ni.
Mohon dosa lalu diampunkan. Amin.

Lepas tu,
Tengok ramai jugak kawan2 sekeliling yang nak improve diri masing2..
N x semena2 aq rse terharu n tenang..
Alhamdulillah Dia beri taufiq serentak kat kami semua..
N bila masing2 sama2 improve, rasa nak istiqomah n perbaiki diri tu lagi kuat.
Sebab kdg2 rse gak nak mcm dlu ke ape en, tp bila tgok kwn2 pn berubah, rasa macam seronoknyalah misi menjadi baik ni..
Sbb buat ramai2..
Fefeeling girls power gitu.

Ha sbnrnya sje share cerita ni.. xde niat lain2.. kalau ikutkan pjg lagi ceritanya.. tapi disharekan mana yg sempat kerana hendak menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini dengan sifat tabligh (menyampaikan). Dakwah tu harus disampaikan.. dulu rasa macam x penting tanggungjawab ni.. pandang ringanlah jugak.. sebab yelah prinsip jangan jaga tepi kain orang..

Tapi salah tu sebenarnya..
Ada mereka yang nak berubah..
Yang nak cari jalan berubah..
Tapi x jumpa caranya..
Macam aq dulu?
Sebab tu kita kena jalankan tugas, sampaikan apa yang betul tu kepada semua..
Macam ustaz tu..
Kalaulah malam tu aq x dengar ceramah dia, mungkin aq still x yakin sepenuhnya untuk tinggalkan benda2 yang tak patut tu..

Sebab hukum Allah tu, kadang2 kita x tahu sebab dia, kenapa kena macam tu.. n kita rse macam xnaklah.. sebab mcm xbest..
N becus of that, aq nak share skit conversation aq dgn umi..

**Dengan umi aq mmg jujur je luah pendapat sbb aq nak jawapan n aq tahu umi selalu beri jawapan yg betul walaupun kadang2 bukan yg aq mahu..**

Aq tanya umi..
"kenapa xleh kawan ngn lelaki?
Dlm kelas tu dh macam family dh.. share ilmu masing2 dsbg. Xde rse mcm pelik2 ke ape pun.."

N umi jawab dgn tenangnya..
"sayang.. dalam dunia ni, banyak benda kita x tahu.. tapi Allah dah suruh, jadi kita buat jelah.. itu yg terbaik utk diri kita.."

N aq pun akur.. n bila fikir2 balik.. sbnrnya bila tgok org2 yg warak2 ni kan.. yg jaga tingkah laku dia..
Nampak ada nur kat muka tu.. nampak tenang je.. n aq fikir2 sebenarnya bila kita akur dengan kehendak Allah.. hukum2 Dia.. hati kita akan lebih tenang.. bcus we sacrifice our bad practice for a better life, hidup yang Allah janjikan, terbaik untuk kita.

Hmm thats all for tonight.. insyaAllah aq hrp kita smua akn saling tlg satu sama lain utk menjadi lebih baik.. ur actions inspire me and the rest so keep up the good deeds.. take a baby step xpe.. mula skit2.. and aq pun sbnrnya despite nak berubah kdg2 ada terbuat jugak yg lama2.. tapi cuba untuk x buat.. n banyak jugak lagi yg kena improve so mana salah silap tu tegurlah.. insyaAllah akan cuba slow2..

1 comment:

  1. doakan anis pun mendapat encik taufik jugak eh mun T_T

    anyway ! All the best in your life ! kita jumpa di kampung kita eh nanti suatu hari nanti

    ReplyDelete