Wednesday, December 5, 2012

ada apa dengan 'ana'?

Assalamualaikum..
Hari ini ana teringin untuk berkongsi sebuah ilmu yang ana perolehi daripada sahabat ana yang menuntut di MITIB (Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar)

Secara kebetulan ana dipertemukan dengan sahabat ini yang merupakan classmate ana dahulu..
Ana terdetik untuk bertanya kepada rakan ana,
sama ada menggunakan ana enti ini adalah suatu keperluan atau bukan..
sudah semestinya ana menyoal segala kemusykilan yang berkait dengan isu ini dan Alhamdulillah sahabat ana mempunyai jawapan kepada semua persoalan ana..

Ana: Skrg ni maahad (MAHISS) nak guna balik istilah ana enti.. tapi ana x pasti dimana kelebihan istilah tersebut..pada ana, aku kau, kita awak kan sama jugak.. bukanlah sesuatu yang menyalahi syariat.. lagipun itu cuma kata ganti nama diri je.. Ada beza ke penggunaan ana enti dengan aku kau?

Hajar: Oh.. betullah tu.. dua2x kata ganti nama diri, tapi, ustazah kita pernah cakap, ana enti ni kan bahasa arab.. bahasa arab kan bahasa syurga, jadi kalau kita nak masuk syurga, kita kenalah biasakan diri dengan bahasa syurga dulu.. sebab itu ana enti ni lain sikit sbb dia bahasa syurga.. Dan.. lagi satu, kalau munierah perasan, kalau kita guna ana enti ni lebih terjaga sikit, sebab bila kita bercakap menggunakan ana enti, perbualan kita akan terhindar dari perkara2x yang lagho, contohnya mengumpat dan sbgnya..

Ana pun terbayang:
"Eh Eh enti semalam kan ana tengok si fulan tu kena cuci tandas sekolah.. padan muka dia"
dan ana rasa memang impossible nak cakap macam tu,

lainlah kalau:
"Eh Eh kau tau x, semalam kan aq tengok si fulan tu kena cuci tandas sekolah.. padan muka dia"

so, ana pun tanya hajar lagi:

Ana: Tapikan hajar, kalau kita nak dekat dengan org contohnya budak2x yang bukan dari sekolah agama, kan kalau kita guna ana enti diorg rasa pelik.. Ana lebih selesa guna kau aku supaya diorg rasa yang ana ni approachable dan mudah didekati.. Kalau macam ni lagi senang nak rapat dgn diorg.. X peke?

Hajar: Ha.. betullah tu.. kita kan nak rapat dgn diorg.. bolehla guna kau aku ke.. awak kita ke.. tengok yang mana diorg guna supaya nak dekat dengan diorg.. kalau kita guna ana enti kan mesti diorg pelik n x biasa, nnti ssh nak dekat dgn diorg.. bolehlah kalau nak guna, mungkin slow2x suatu hari nanti kita boleh ajak diorg guna ana enti..

Jujur ana katakan ana berpuas hati dengan jawapan hajar.. maksudnya, cara perbualan kita itu haruslah kena dengan tujuan.. kalau tujuan untuk mendekati para mad'u (org yg ingin didakwah) tiada salahnya menggunakan panggilan lain, lagipun secara logiknya, jarang untuk kita berbual perkara2x yang lagho dgn org yg bru kita kenali.. tetapi dengan mereka yg memahami agama, lebih elok kita amalkan panggilan ana enti agar perbualan kita terhindar daripada perkara2x lagho..

Sekian sahaja kali ini.. Ana harap entri ana kali ini mampu memberi jawapan kepada mereka yang masih tertanya-tanya mengenai keperluan menggunakan ana enti..

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment