Wednesday, December 5, 2012

ana

i) stigma

sebagai remaja,
jujur ana katakan ana mempunyai tanggapan/stigma yang sama seperti para remaja yang lain..
ana rasa hidup sebagai remaja harus easy-going dan enjoy dahulu..
sebab.
zaman remaja hanya sekali..

tetapi ini bukanlah bermakna bahawa ana berpegang kepada pepatah hidup mat rempit yang mengatakan hidup cuma sekali, bila dah tua barulah bertaubat.
cuma ana rasa hidup tidak perlu serius..
hidup ini harus berfikiran terbuka dan sebagai remaja bukanlah menjadi tanggungjawab ana untuk memikirkan masa hadapan..
sesuatu yang masih terlampau jauh menurut perkadaran ana sebagai remaja..

ii) agama

jujur ana katakan,
ana tahu,
malah ana cukup maklum bahawa remaja merupakan aset yang PENTING buat agama..
ana lebih selesa menggunakan istilah agama daripada negara kerana pada hari ini ana lihat sebuah kekurangan di dalam kamus kehidupan kita, iaitu agama..

kita terlalu sibuk membangunkan negara dan bangsa, kita ingin mencapai kemajuan tetapi kita lupa kepada satu-satunya perkara yang mampu menjadi pokok dan pangkal atau menjadi sebab munasabab kepada apa jua keadaan yang akan berlaku pada hari ini dan masa hadapan.
iaitu agama..
ibaratnya, kita ingin membina menara yang cantik dan gah tetapi kita terlupa untuk membina asas kepada menara tersebut..
dan tanpa asas ini, mungkin menara itu masih boleh berdiri tetapi kita semua tahu bahawa:

1)berdirinya menara itu hanya menunggu masa untuk jatuh
2)sesuatu telah hilang daripada menara itu yang membuatkan ianya rapuh seperti tulang belulang si tua di dalam kubur

iii) realiti hari ini

agama dan politik ibarat air dan minyak..
pantang bercampur..
agama dan hiburan ibarat langit dan bumi..
takkan pernah bersatu..

iv) konklusi

1) ana x pernah jelas tentang pendapat yang mengatakan bahawa hidup harus sentiasa berhibur dan bergembira kerana ana tidak pernah merasa benar2x terhibur dengan hiburan dunia
2) memang agama belum menjadi asas atau basic foundation kepada sistem kita hari ini.. tapi ana tidak akan duduk termangu seperti kerbau di kandang menunggu seseorang melakukan perubahan.. biarlah ana, dan sahabat2x seperjuangan yang menyedari bahawa hakikat agama adalah asas kepada semua binaan memulakannya terlebih dahulu
3) politik dan agama, tetap satu.. hal ini kerana agama adalah asas, ASAS kepada semua hal walhal politik yang diangkat darjatnya sekalipun.. dan ana yakin ISLAM, agama yang ana pegang pada hari ini merupakan cara hidup yang terbaik yang mampu dimiliki oleh semua insan dengan mengaplikasikannya di dalam kehidupan.. hiburan? boleh.. tetapi harus menurut syariat dan agama

No comments:

Post a Comment