Monday, December 10, 2012

ujian dan cabaran - tanda Allah rindu

Assalamualaikum guys..
ana bru terbaca sebuah artikel drpd seorg hamba Allah ni..
beliau diuji dgn begitu hebat dan ana brharap usaha beliau untuk kembali ke landasan dipermudahkan Allah...

ana sendiri akui dalam hidup ni,
kita akan sentiasa diuji..

kadang2x ana sendiri tertanya-tanya..
kenapa ana diuji sedemikian rupa..
x sayang ke Allah pada ana?
atau mgkin kerana ana trlalu byk dosa?

tapi bila ana muhasabah blik..
ana trigt kata2x umi..

umi kata:
kalau Allah uji..
itu tanda Allah sayang..
sebab Allah sentiasa igt pada kita walaupun kita sentiasa lupakan Allah..
dan Allah nak kita sedar walau apa pun yang berlaku,
Dia sentiasa ada..

Allah juga uji kita,
sbb Allah rindu.. kdg2x hidup kita ni trlalu 'smooth' sampai kita lupa pada Allah..
kita lupa betapa pentingnya utk mnjaga hubungan dgn Allah..
solat kita pun x brmakna..
dan sedar x sedar Allah rindu kita...

Allah rindu nak dgr rintihan kita di dalam sujud
Allah rindu nak makbulkan hajat kita dlm setiap doa
dan Allah tunggu saat2x kita sebagai hambaNya menyedari bahawa Allah sentiasa ada untuk kita..

dan Allah nak kita tahu,
di saat manusia tidak mahu mendengar rintihan kita,
Allah sentiasa ada..
Dia sentiasa setia untuk mendengar apa jua keluhan kita..
dan di saat manusia tidak mampu untuk menunaikan hasrat kita,
Allah sentiasa ada.. Dia sentiasa berlapang dada untuk memakbulkan hajat kita
tengok janji Allah:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.(Al-Baqarah Ayat 186)


tapi kita kenalah berusaha dan berdoa..


sedar x sedar,
dalam dunia ni xde sesiapa pun yg suka dgr keluhan kita selain Allah..
dalam dunia ni xde sesiapa pun yg nk dgr prmintaan kita setiap masa selain Allah..

jadi berbanggalah sekiranya kita diuji..
kerana Allah Yang Maha Berkuasa, yang mempunyai berbillion-billion hamba,
ingat pada kita :)

p/s: sama2x kita mendoakan kebaikan untuk hamba Allah trsebut dan satu sama lain ^^


No comments:

Post a Comment