Wednesday, January 23, 2013

daurah nuqaba'

-naqibah-
"kalau bukan ana yang sanggup terima cabaran ni. sape lagi. ana x mahu usrah disia-siakan. ana mahu usrah mereka menjadi sebahagia usrah ana suatu ketika dulu."

ana seorang yang sentiasa bersemangat ketika usrah.
ana suka. ana suka bila kita ada masa untuk berfikir.
mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.
berbincang mengenai agama dan merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.
usrah sangat cool.
ana sayang usrah dan ana paling tak suka bila usrah diganti dengan ceramah.
bukan ceramah x bagus tapi ana lebih suka masa usrah digunakan untuk usrah.

"ana berazam nak jadi naqibah yang menyeronokkan dan baik."
ana pergi daurah nuqaba' half-hearted. sebab wajib. kalau x ana x nak pergi.
sebab jujur selalunya program sekolah sangat membosankan.
tapi ana suuzzan (sangka buruk)
mashaAllah.
hebat!
ana x sangka bekalan ana belum cukup.
usrah bukanlah hanya tentang mendengar masalah adik2x.
tapi. lebih dari tu.
ana kena jalankan dakwah.
tapi yang macam mana?
yang berprinsip dan sesuai dengan psikologi adik2x.

bolehkah?

salah kalau ana rasa boleh tapi ana x mmpunyai persediaan yang cukup.
naqibah. macam mana adik2x nak ikut?
naqibah. macam mana adik2x nak dengar kata?
kalau ana sendiri masih terumbang-ambing dalam kehidupan.
ana kena berubah.
ana kena jadi lebih baik daripada adik2x usrah
kenapa?
sebab. analah yang akan menjadi tempat panduan dan rujukan mereka.
kalau persediaan ana x cukup alamatnya karamlah usrah ana.
ana juga kena berubah bukan sahaja menjadi baik secara lahiriah,
tetapi dari segi rohani.
ana tersentap bila ustaz cakap. "kalau adik usrah tanya macam mana nak solat khusyuk antum nak jawab apa?"

ana mungkin boleh jawab.
tapi kalau ana pun x khusyuk macam mana?
kalau ibadah ana pun x betul lagi,
macam mana ana nak bantu adik usrah secara total.
kesan ibadah yang baik pun x dapat dilihat dari perwatakan ana.
macam mana adik2x nak ikut dan percaya bahawa kata2x ana itu benar?

hmm macam tulah sedikit sebanyak ana tersedar.
ana ingin berubah.
menjadi muslim, hamba, anak, kakak, kawan dan murid yang baik.
doakan ana ~



No comments:

Post a Comment