Tuesday, February 12, 2013

akan ku genggam erat tanganmu

tahun lepas ana jumpa saadah..
seronok.. ana dapat adik2x usrah yang ana sayanggg sgt2x..
ana nak kekal jadi naqibah diorang..
ana x nak berpisah dengan diorg..
kalau boleh nak genggam erat tangan diorang sampai ke syurga (andai ana layak)
tapi ana x fikir jauh..

***************************************************************

hebat sahabat ana ini mengupas makna sebenar 'usrah'
usrah bukanlah program sekali seminggu atau program wajib balik lambat..
tak.
usrah adalah suatu tali ghaib lagi ajaib..
yang menghubungkan hati2x untuk bersatu..
meskipun jauh tapi ikatan masih terasa..
meskipun hanya sekali seminggu tapi kerinduan sentiasa mencengkam jiwa..
kita takkan terpisah.
kalau semua orang pegang dan genggam tangan satu sama lain..
kalau dia jatuh, ana tarik.
ana jatuh, dia tarik.

ana lemas, dia selamatkan.
dia lemas, ana selamatkan.

nampak tak ironinya?
usrah = saling melengkapi satu sama lain..
dia kurang, ana cukupkan..
ana kurang, dia cukupkan..

begitulah indahnya usrah, semuanya akan jadi sempurna..
memang. islam itu sempurna..
tipu kalau orang kata takde benda yang sempurna..
tengok islam. islam bukan bersifat individualistik tapi berkemasyarakatan secara keseluruhannya.
islam tak suruh kita jaga tepi kain sendiri,
islam suruh kita sama2x concern dan prihatin dengan satu sama lain..
memang apabila yang kurang itu ditampung, maka sempurnalah semuanya..
tiada lompang mahupun lubang.
perfect. islam is perfect. i tell you this is perfection.

dan saadah mengingatkan ana..
usrah bukanlah hari khamis sahaja.. bukanlah tahun 2012 sahaja..
usrah untuk semua, bila2x masa dan di mana jua..
kita kan kelompok islam yang bersaudara.. pendek kata famili laaaah :D

kalaupun adik2x ana bukan usrah ana dah tahun ni.. (as we say secara hitam putihnya)
x salah ana nak jenguk diorg..
x salah ana nak ambil berat fasal diorg..
and most importantly x salah ana nak bimbing diorg..

and saadah cabar ana untuk membuktikan pada diri ana sendiri yang usrah ana ini sebenarnya mantap.. macam mana?
tengok, kita tengok sejauh mana keikhlasan kita berukhuwah bila kita dah terpisah..
masa tu barulah terasa penangan nya..
masa tu barulah terasa ujiannya..

sebab,
usrah yang sebenar akan TERUJI hanya apabila kita berpisah..
masa tu baru tahu KUAT tak tali ajaib ini?
longgar tak IKATAN yang kita dah bina selama ni?
then only the real challenge is revealed.


No comments:

Post a Comment