Sunday, February 17, 2013

yang diberi, itulah yang diterima

dalam hidup, setiap perkara sentiasa berkait antara satu sama lain.
walaupun cuma dengan menarik nafas selama satu saat, sel2x kita dapat merasai nikmat oksigen..
walaupun cuma dengan tersenyum, kita dapat melegakan hati yang gundah gelisah.. :)

oleh itu,
untuk memastikan apa2x yang kita lakukan tu bermakna atau berjaya,
maka kita memerlukan sesuatu yang digelar 'usaha'
simple je cik usaha ni..
kalau kita nak, insyaAllah dia ada.. tapi kalau kita tak nak,
buatlah macam mana pun memang takkan dapat..

dia tak sombong cuma dia berharga :)

jadi bila kita inginkan sesuatu dan meletakkan target/aim yang tertentu,
maka perkara tersebut haruslah selari dengan usaha agar target/aim itu dapat dicapai..

ana ambil satu analogi,
antum nak masak nasi briyani..
tapi antum rasa macam leceh nak rendam nasi tu dengan perwarna dan sebagainya..
jadi antum tanak je nasi tu macam nasi putih,
asal ada ayam, papadom, acar, cukuplah...
jadi apa yang antum dapat?
nasi putih dan lauk nasi briyani kan? x perfect macam yang antum inginkan..
semuanya bukan salah nasi, bukan salah ibu mengandung tapi bergantung atas tekad antum untuk mendapatkan sesuatu hasil..

jadi sekiranya kita ingin mendapat yang terbaik dalam study,
kita kenalah usaha sehabis baik..
usaha kita pulak kenalah kreatif mengikut kemampuan dan kelebihan masing2x..
kalau yang pakar menghafal tu, maka mengahafallah dari sekarang..
kalau yang hafal x masuk, maka buatlah latihan dari sekarang..
kalau yang memang faham bulat2x apa yang cikgu ajar, bolehlah buat latihan tambahan kalau rajin atau beriadah untuk minda yang lebih cerdas..
tak semua orang mampu melakukan benda yang sama..
tak semua orang bakal mencapai output yang sama hanya dengan melalui 'jalan' yang sama..

sama jugak dengan ibadah..
andai kita ingin mencapai halwatul-iman..
andai kita ingin diredhai Allah..
kita kena usaha, usaha dan usaha..
lagi banyak kita usaha, lagi besarlah hasilnya..
seperti anak pokok yang ditanam, lagi banyak kita tanam, lagi banyak yang tumbuh, lagi banyak hasil dapat dituai..

ringkasnya apa yang antum beri, yang tu jugalah antum akan dapat..
buruk baik hasilnya terletak di tangan antum sendiri..
tinggal pilih je nak ke tak nak

wassalam :)

asif andai ada sebarang kekurangan, yang khilaf masih belajar.. teguran dialu-alukan ^^


No comments:

Post a Comment