Wednesday, February 6, 2013

what life am i living in?

"Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati-hati itu akan menjadi tenang"

ana rasa bersalah..
kadang-kadang rasa sesak.. lelah.. penat..
ana rasa macam terkapai-kapai..
dalam hidup ana, ana tak nafikan
memang Allah dan amalan ana tu terasing..
ana memang cuba.. ana nak kalau boleh ana dapat kekuatan sebagai seorang muslim tu..
tapi susah..
ana nak ikhlas dalam semua perkara kerana Allah..
tapi ana masih tak boleh..
kadang2x ana lupa Allah.. sedetik,
dan bila ana lupa, ana rasa menyesal..
macam rasa lain bila kita lakukan sesuatu bukan kerana Allah..
tak puas rasanya..
bila kita nak tegur orang pun serba salah..
sebab rasa takut dalam hati..
kalaulah ana yakin dengan Rabbul Izzati ini..
tiada apa yang akan menghalang ana..
ana akan yakin untuk berhujah menegur kerana takutkan Allah bukannya manusia..
tapi ana masih belum capai halwatul-iman yang ana sedang cari..

jujur ana katakan..
hidup tanpa Allah ibarat tenggelam tanpa pelampung..
sesat,
tangan ingin mencapai,
tetapi masih terkapai-kapai,
mata tak boleh melihat,
suara tersekat-sekat..

semua serba tak kena..
semua serba tak selesa..

kosong.
hidup ana kosong..
jauh hanyut..

ana nak cuba,
ana nak tanamkan rasa cinta tu dalam hati..
ana nak cuba jugak mencintai Allah seikhlas hati,
daripada cinta pada manusia yang serba dhoif,
lebih baik ana cinta pada Yang Maha Kaya..
Dia sentiasa ada untuk ana..
manusia sekejap kemudian hilang entah ke mana..
i watch people come and go, but He never leaves.

ana rasa bersyukur..
ana dapat nikmat mengenal Allah..
tapi ana rasa rugi..
sebab belum betul2x menghargai nikmat tersebut..

ana rindu kekasih ana..
lama ana tinggalkan Dia..
Dia x pernah lupakan ana..
saban hari sentiasa ada untuk ana..
anytime.. masa ana lupakan dia,
masa ana cintakan manusia,
masa ana derhaka,
masa ana cinta dunia,
namakan semuanya..
tapi Dia tak pernah berganjak..
andai saat itu juga ana kembali padaNya,
Dia terima.. sentiasa..

ana rasa rugi ana x sedar semua ni..
ana rasa macam susah nak sedar kehadiran Dia..
sebab ana jarang baca 'love letter' kirimanNya..
ana rasa susah nak berpaksikan Dia dalam segalanya..
sebab ana tak peruntukkan masa untuk Dia..
untuk memahami Dia,
untuk mengenang betapa agungnya Dia..
dan hakikat ana sebagai seorang hamba..
rugi.. ana rugi..
ana nak jadi hamba yang baik,
ana nak dengar dan patuh apa yang Dia suruh..
sebab.
hanya dengan mengingati Allah dalam setiap perkaralah hati-hati manusia akan menjadi tenang..

ana tahu ana masih muda,
masih perlu meneroka dunia,
tapi semua itu sia2x,
jika akhirnya di neraka jua..

Allah,
maafkan ana,
ana leka dan lalai..

Allah,
setiap hari Kau hadiahkan segala permintaanku,
setiap hari Kau hadiahkan kehidupan yang terbaik untukku,
setiap hari Kau hadiahkan pelbagai pelajaran untukku,
setiap hari Kau sentiasa mengingatkanku,

tapi aku lupa.. aku alpa..
ampunkan aku..

Kaulah kekasih agung..
maaf kerana aku melupakanMu..
maaf aku abaikanMu..
maaf kerana aku tidak menjadi kekasihMu yang baik..
sedang aku hina dan tak mampu digelar kekasihMu sekalipun..

maafkan aku dan terima kasih buat hadiah-hadiah kirimanMu setiap hari Ya Allah...



No comments:

Post a Comment